TIADA KENAIKAN KADAR TOL BAGI TAHUN 2014 DI LEBUH RAYA SHAH ALAM (LSA)
0
KESAS Sdn Bhd ingin memaklumkan kepada semua pengguna bahawa tiada kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Shah Alam (LSA) pada tahun 2014.
Untuk makluman, LSA tidak tersenarai antara lebuhraya yang ada kenaikan kadar tol tersebut oleh kerajaan bagi tahun hadapan.
Sebagai pemegang syarikat konsesi LSA, kami menolak kenyataan serta lapuran yang disiarkan atau dihebahkan berhubung isu ini dan ingin menjelaskan bahawa ianya adalah tidak tepat.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Perhubungan Awam kami di talian 03-8025 0808.