SKIM PENGURUSAN TRAFIK BAGI PELAKSANAAN LALUAN KONTRA DI KM 34.2 LEBUH RAYA SHAH ALAM
Kesas Sdn Bhd ingin memaklumkan bahawa satu skim pengurusan trafik bagi laluan kontra akan dilaksanakan di Km34.2 Lebuh Raya Shah Alam (LSA) mulai 14 Ogos hingga 16 Ogos 2018.
Pelaksanaan ini adalah bagi menyediakan ruang untuk kerja-kerja pemasangan struktur ‘horizontal’ paparan iklan di KM34.2 kedua-dua arah (timur dan barat) LSA. Butiran maklumat skim pengurusan trafik adalah seperti berikut:-

Sebarang kesulitan amat dikesali oleh pihak KESAS. Pengguna dinasihatkan agar memandu berhati-hati dan patuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan lencongan.
Maklumat terkini boleh layari laman sesawang rasmi KESAS: www.kesas.com.my atau media sosial Facebook: Lebuh Raya Shah Alam – KESAS atau Twitter @kesastrafik
Untuk pertanyaan, sila hubungi KESAS Hotline di talian: 03-5633 7188.
Terima kasih.
