PERLAKSANAAN PERINGKAT PERCUBAAN ALIRAN TRAFIK SEHALA DI PERSIMPANGAN SUKOM LEBUH RAYA SHAH ALAM
Kesas Sdn Bhd ingin memaklumkan kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bahawa satu perlaksanaan peringkat percubaan aliran trafik sehala akan dilaksanakan di Persimpangan Sukom, Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bermula dari 18 Oktober 2020.
Perlaksanaan ini adalah langkah percubaan bagi mengekalkan aliran trafik secara sehala dari arah Sri Petaling menghala ke Bandar Sukan, Bukit Jalil yang dilaksanakan semasa projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE). Langkah mengekalkan aliran trafik dicadangkan kerana didapati berkesan membantu menyuraikan aliran trafik di sekitar Persimpangan Sukom..
Sehubungan dengan ini, KESAS menasihatkan pengguna-pengguna LSA dan penduduk di sekitar agar mengambil maklum berhubung tempoh percubaan ini serta memandu berhati-hati dan mematuhi papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut.
Sebarang kesulitan amat dikesali oleh pihak KESAS.
Untuk pertanyaan, boleh hubungi KESAS Hotline di talian: 03-5633 7188.