LENCONGAN TRAFIK SEMENTARA DI LEBUHRAYA SHAH ALAM (LSA) UNTUK KERJA-KERJA PELANCARAN JEJANTAS PEJALAN KAKI OLEH SUNWAY
Sunway City Kuala Lumpur, 20 Julai 2023 – Kami ingin memaklumkan kepada pengguna Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan kerja-kerja pelancaran jejantas oleh pihak Sunway. Kerja-kerja ini akan melibatkan lencongan trafik pada dua (2) hujung minggu yakni pada 22 Julai 2023 dan 29 Julai 2023 dari pukul 11:00 malam hingga 5:30 pagi. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:
Justeru, bagi tarikh 22 Julai 2023, pengguna LSA adalah diminta merujuk kepada Pelan Skematik untuk lencongan laluan trafik seperti yang dinyatakan di bawah :
Pelan Skematik Lencongan Laluan Trafik pada 22 Julai 2023
Panduan perjalanan laluan alternatif bagi tarikh 22 Julai 2023 semasa lencongan trafik bagi kerja-kerja pelancaran jejantas pejalan kaki oleh Sunway adalah seperti berikut:-
Sementara itu untuk kerja-kerja pelancaran jejantas pejalan kaki pada 29 Julai 2023 sila rujuk pelan skematik seperti di bawah:
Pelan Skematik Lencongan Laluan Trafik pada 29 Julai 2023
Panduan perjalanan laluan alternatif pada 29 Julai 2023 semasa lencongan trafik dijalankan oleh pihak Sunway adalah seperti berikut :
Lencongan trafik sementara ini bagi 22 Julai 2023 dan 29 Julai 2023 turut melibatkan penutupan laluan ke pusingan-U sebelum Plaza Tol Sunway dan lorong motosikal. Pengguna Lebuhraya Shah Alam (LSA) adalah dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan.
Sila hubungi talian bantuan KESAS di 03-5633 7188 atau Twitter @kesastrafik