PENUTUPAN SEMENTARA SUSUR MASUK HENTIAN SEBELAH HICOM ARAH TIMUR DAN BARAT UNTUK KERJA-KERJA PEMBAIKAN TURAPAN JALAN DI LEBUH RAYA SHAH ALAM (LSA)
KESAS ingin memaklumkan kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) penutupan sementara susur masuk ke hentian sebelah Hicom arah timur dan barat untuk kerja-kerja pembaikan turapan jalan di LSA. Jadual penutupan susur masuk ke hentian sebelah Hicom adalah secara berperingkat seperti berikut:-
NO. |
TARIKH |
LOKASI |
ARAH |
1 |
11.00 malam, 11April 2023 – 5.00 pagi, 12 April 2023 |
Hentian Sebelah Hicom |
Timur (Arah Ke Kuala Lumpur ) |
2 |
11.00 malam, 12 April 2023 – 5.00 pagi, 13 April 2023 |
Hentian Sebelah Hicom |
Barat (Arah Ke Klang ) |
Dengan penutupan susur masuk ini, kesemua tiga (3) stesen minyak (Petronas, Petron dan Shell) dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di lokasi terlibat akan ditutup kepada semua pengguna sepanjang kerja-kerja pembaikan tersebut. Stesen minyak dan fasiliti lain akan dibuka serta beroperasi seperti biasa pada jam 5:00 pagi.
Penutupan ini adalah bertujuan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan turapan jalan bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna LSA.
Sebarang kesulitan amat dikesali oleh pihak KESAS. Pengguna dinasihatkan agar memandu berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan kerja bagi tujuan keselamatan.
Untuk pertanyaan, sila hubungi hotline KESAS di 03-5633 7188 atau layari laman sesawang kami di www.kesas.com.my atau platform media sosial rasmi facebook/lebuhrayashahalam atau twitter@kesastrafik.