MAKLUMAN BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN TURAPAN JALAN DI LEBUH RAYA SHAH ALAM (LSA)
KESAS SDN BHD INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA PENGGUNA LEBUH RAYA SHAH ALAM (LSA) BAHAWA KERJA-KERJA PEMBAIKAN TURAPAN JALAN AKAN DILAKSANAKAN DI BEBERAPA LOKASI DI SEPANJANG LSA DI KEDUA-DUA ARAH.
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH PERMUKAAN JALAN TERSEBUT AKAN BERMULA DARI JAM 10:00 MALAM HINGGA JAM 6.00 PAGI SETIAP HARI DARI ISNIN KE SABTU MULAI 6 JULAI 2022 HINGGA 14 NOVEMBER 2022. KERJA PEMBAIKAN INI ADALAH BAGI MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KESELESAAN PENGGUNA LEBUHRAYA.
SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI OLEH PIHAK KESAS. PENGGUNA DINASIHATKAN AGAR MEMANDU BERHATI-HATI DAN PATUHI ARAHAN PAPAN TANDA YANG DISEDIAKAN DI KAWASAN LENCONGAN BAGI TUJUAN KESELAMATAN.
SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI TALIAN KECEMASAN KESAS DI 03-5633 7188 ATAU MEDIA SOSIAL RASMI facebook/lebuhrayashahalam ATAU Twitter@kesastrafik