PENUTUPAN LORONG SEMENTARA BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN TURAPAN KONKRIT DI LORONG W14 PLAZA TOL AWAN BESAR ARAH BARAT, LEBUH RAYA SHAH ALAM (LSA)
KESAS Sdn Bhd ingin memaklumkan kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bahawa penutupan lorong sementara akan dilakukan di lorong paling kiri W14 Plaza Tol Awan Besar (arah Barat) bermula dari 17 September 2021 hingga 20 September 2021.
Penutupan lorong ini adalah untuk pelaksanaan kerja-kerja membaikpulih permukaan jalan konkrit yang akan dilakukan bermula dari jam 10 malam (17 September 2021) hingga jam 6 pagi (20 September 2021). Kerja pembaikan ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna di LSA.
Pengguna dinasihatkan agar memandu berhati-hati dan patuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut. Sebarang kesulitan amat dikesali.
Untuk pertanyaan, sila hubungi talian Kecemasan (Hotline) KESAS di 03-5633 7188 atau layari laman web kami di www.kesas.com.my atau media sosial rasmi facebook.com/LebuhrayaShahAlam-KESAS atau Twitter: @kesastrafik