PENUTUPAN SEMENTARA PUSINGAN U DI KM40.4 (PLAZA TOL SUNWAY) LEBUH RAYA SHAH ALAM

Kesas Sdn Bhd ingin memaklumkan kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bahawa penutupan pusingan ‘U’ di KM40.4 berhampiran Plaza Tol Sunway, LSA akan dilaksanakan bermula 10 Ogos 2019.
Penutupan ini adalah langkah percubaan bagi penyuraian kesesakan trafik di lokasi tersebut untuk tempoh tiga (3) bulan bermula 10 Ogos 2019 hingga 9 November 2019. Penutupan juga dilaksanakan sebagai persediaan awal bagi memberi laluan kepada pembinaan pusingan ‘U’ bertingkat yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Untuk makluman, pusingan ‘U’ sedia ada di lokasi sekarang adalah bersifat sementara dan dilaksanakan sebelum ini berdasarkan kepada kajian trafik dengan direka bentuk bagi menampung jumlah trafik dari Shah Alam ke Subang Jaya/USJ.
Sebagai langkah proaktif, KESAS akan memasang papan tanda dan kain rentang (bunting) serta mengedar risalah pemberitahuan berhubung penutupan tersebut kepada pengguna LSA. Di samping itu, hebahan juga akan dimaklumkan melalui ‘Variable Message System’ (VMS) di sepanjang LSA.
Sehubungan dengan ini, KESAS menasihatkan pengguna LSA agar mengambil maklum berhubung penutupan serta memandu berhati-hati di kawasan tersebut.
Sebarang kesulitan amat dikesali oleh pihak KESAS. Untuk pertanyaan, sila hubungi KESAS Hotline di talian: 03-5633 7188.
