Hebahan Akhbar
LENCONGAN TRAFIK SEMENTARA BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI LEBUH RAYA SHAH ALAM (LSA)
Kesas Sdn Bhd ingin memaklumkan kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bahawa lencongan trafik sementara akan dilakukan secara berperingkat di sepanjang LSA bermula dari 24 April 2018 hingga 23 September 2018.
Lencongan adalah bagi pelaksanaan kerja-kerja membaikpulih permukaan jalan. Lencongan dan penutupan lorong akan dilakukan secara berperingkat bermula dari jam 11:00 malam hingga jam 6:00 pagi. Kerja pembaikan ini adalah bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna LSA.
Sebarang kesulitan amat dikesali oleh pihak KESAS. Pengguna dinasihatkan agar memandu berhati-hati dan patuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan lencongan.
