KENYATAAN MEDIA – SIARAN SEGERA
Comments Off on KENYATAAN MEDIA – SIARAN SEGERA

6 Februari 2018 – Kejadian kemalangan di Plaza Tol Kemuning Arah Timur Lebuh Raya Shah Alam lebih kurang jam 7:45 malam, melibatkan 2 buah treler dan 4 kereta. Harap maklum bahawa tiada kemalangan maut berlaku dan kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Aliran trafik di kawasan kejadian bergerak perlahan di mana 3 lorong masih ditutup bagi membantu urusan siasatan pihak PDRM dan proses memindahkan kenderaan terlibat dari lokasi kejadian.
Pengguna LSA yang melalui di kawasan tersebut diminta memandu secara berhati-hati serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan pihak KESAS Ronda bagi memastikan trafik bergerak lancar.
#LembagaLebuhrayaMalaysia
#KementerianKerjaRayaMalaysia
#PDRM
