LALUAN KONTRA SEMENTARA DI KM 44.30 HINGGA KM 41.90 ARAH BARAT LEBUH RAYA SHAH ALAM (KESAS)
KESAS Sdn Bhd ingin memaklumkan kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam-KESAS (LSA) bahawa pelaksanaan laluan kontra sementara akan dilakukan di KM 44.30 hingga KM 41.90 arah barat di LSA.
Pelaksanaan tersebut akan bermula pada 3 Januari 2017 dari jam 7:00 pagi hingga 9:00 pagi pada setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Laluan kontra ini adalah tindakan sementara bagi penyuraian kesesakan trafik yang berlaku setiap hari bekerja (waktu puncak) dari Persimpangan Kinrara dan Persimpangan Sunway Arah Barat, LSA.
Pengguna dinasihatkan agar mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut. Sila memandu berhati-hati bagi memastikan perjalanan berjalan lancar dan selesa.
Untuk maklumat terkini, sila hubungi Talian Bantuan KESAS di 03-5633 7188 atau facebook : Lebuh Raya Shah Alam – KESAS