10 PERATUS DISKAUN TOL SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI KRISMAS
KESAS Sdn Bhd (KESAS), pengendali konsesi Lebuh Raya Shah Alam (LSA) ingin memaklumkan bahawa pengguna LSA akan menikmati diskaun tol sebanyak sepuluh peratus (10%) bersempena dengan perayaan Hari Krismas ini.
Diskaun tol untuk kenderaan kelas 1 ini akan berkuatkuasa pada 25 Disember 2016 mulai 12:01 pagi hingga 11:59 malam 25 Disember 2016. Diskaun tol ini membolehkan pengguna LSA menikmati penurunan kadar tol sebanyak RM0.20 sen. Kadar tol bagi kelas 1 di LSA akan menjadi RM1.80 pada 25 Disember 2016 berbanding RM2.00 pada hari biasa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KESAS, Hj. Imran Gulcharan Abdullah, ”Pemberian diskaun ini merupakan sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat KESAS kepada pengguna LSA”.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hotline KESAS di 03-5633 7188