PENUTUPAN KESELURUHAN KAWASAN REHAT & RAWAT AWAN BESAR DI LEBUH RAYA SHAH ALAM (LSA)
0
KESAS Sdn Bhd (KESAS) ingin mengumumkan kepada para pengguna lebuhraya bahawa keseluruhan Kawasan Rehat & Rawat Awan Besar termasuk kemudahan-kemudahan surau dan tandas di Lebuh Raya Shah Alam adalah di tutup serta-merta kepada umum untuk kerja-kerja baikpulih lanjutan dari kejadian kebakaran yang berlaku pada hari Ahad, 20 September 2015 pukul 1.30 petang.
Walau bagaimanapun penutupan ini tidak melibatkan kedua-dua buah stesyen petrol yang bersebelahan termasuk kemudahan surau dan tandas.Sebarang kesulitan adalah amat dikesali.