KAWASAN REHAT DAN RAWAT KINRARA LEBUH RAYA SHAH ALAM (LSA) DITUTUP SEMENTARA UNTUK KERJA BAIK PULIH
KESAS Sdn Bhd ingin memaklumkan pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA/KESAS) bahawa Kawasan Rehat Dan Rawat Kinrara (R&R) arah timur akan ditutup sementara mulai dari 2 Mei 2018 sehingga 1 November 2018.
Semua kemudahan R&R yang disediakan seperti gerai makanan & minuman, tandas, surau serta kawasan parkin R&R akan ditutup bagi pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih yang bakal dilakukan di kawasan R&R tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Operasi KESAS, Hj. Mohammed Shah Samin, “Usaha baik pulih ini merupakan inisiatif syarikat dalam usaha berterusan untuk memberikan keselesaan serta meningkatkan kepuasan hati pengguna lebuhraya. Kerja-kerja dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya.
Sehubungan itu, para pengguna LSA yang ingin ke arah timur menggunakan lebuhraya diminta menggunakan kemudahan stesen minyak bersebelahan kawasan R&R tersebut atau di R&R Awan Besar (arah barat LSA) sepanjang tempoh penutupan.
KESAS amat hargai perhatian serta kerjasama para pengguna LSA dan sebarang kesulitan amat dikesali.
Maklumat terkini boleh layari laman web rasmi KESAS: www.kesas.com.my atau media sosial Facebook: Lebuh Raya Shah Alam — KESAS, Twitter @kesastrafik
Untuk pertanyaan, sila hubungi KESAS Hotline di talian: 03-5633 7188