LENCONGAN TRAFIK SEMENTARA BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI LEBUHRAYA SHAH ALAM (LSA)
KESAS Sdn Bhd ingin memaklumkan kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bahawa lencongan trafik sementara akan dilakukan di sepanjang LSA bermula dari 1 November 2014 hingga 30 Mac 2015.
Lencongan adalah bagi perlaksanaan kerja-kerja membaikpulih permukaan jalan. Lencongan dan penutupan lorong akan dilakukan secara berperingkat bermula dari jam 11:00 malam hingga 6:00 pagi. Kerja pembaikan ini adalah bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya.
Sebarang kesulitan amat dikesali oleh pihak KESAS. Pengguna dinasihatkan agar memandu berhati-hati dan patuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan lencongan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian kecemasan KESAS di 03-5633 7188